Cara Untuk Install MySQL pada Windows
  1. Download mySQL di http://dev.mysql.com/downloads/mysql/4.0.html pilih versi yang stabil dari download list. Mungkin v4.0.20d :) .... download mySQL utk Windows (20M).
  2. Klik setup.exe dan installation akan bermula.
* Pada yang menggunakan winNT, 2000, XP atau .NET server; ada beberapa konfigurasi yang perlu di lakukan dahulu:

- Cari fail bernama my-small.cnf pada direktori anda meng-install mySQL anda.
- Salin fail tersebut ke direktori root anda (cth C:) d an tukarkan nama fail tersebut kepada my.cnf

ATAU

- Jika anda tidak mahu fail ini ada di direktori root anda, anda boleh menamakan fail ini kepada my.ini dan letakkan fail ini di direktori Windows anda (cth: C:\WINDOWS).
- Buka fail my.ini dgn menggunakan notepad dan cari baris di bawah:

# basedir = d:/mysql/
# basedir = d:/mysql/data/

Padamkan tanda ' # ' dan tukar ke path kepada direktori dimana mySQL anda di simpan.
cth:
basedir = c:/Program Files/MySQL/
basedir = c:/Program Files/MySQL/data/

- Save dan tutup notepad.

*Pada yang menggunakan win98, ME anda tidak perlu melakukan konfigurasi diatas

3. Setelah selesai dgn konfigurasi diatas, anda perlu memulakan servis ini pada Window anda untuk menggunakan mySQL anda.

- Cara Untuk Win98, ME -
i. Buka command prompt, pergi ke direktori bin MySQL (cth: C:> cd mysql/bin).
ii. Taip mysql-opt
pada prompt (cth: C:\mysql\bin> mysql-opt ). Servis akan bermula di background.

- Untuk Win NT, 2000, XP -
- Taip mysql-nt -- install pada prompt (cth: C:\mysql\bin> mysql-nt --install Service successfully installed ).

Ini akan membuat servis ini akan dimulakan setiap kali anda membuka atau reboot Windows anda. Untuk memulakan servis tanpa reboot;
-Taip
C:> net start mysql
The MySQL service is starting.
The MySQL service was started successfully.

Untuk melihat samada servis ini telah bermula Tekan Ctrl-Alt-Del dan lihat pada task list ( servis : mysql server)

Sekian .... sekarang anda bolehlah menggunakan MySQL anda